Ladang hutan: 70,000 hektar ditebang di Pahang, hanya 5% ditanam semula - Lee Chean Chung



Ladang hutan merupakan konsep perladangan yang agak popular sejak dua dekad lalu.


Rakyat diberi gambaran hutan simpan yang ditebang akan diganti dengan tanaman lain yang menghampiri ciri ciri hutan asal seperti pokok getah atau pokok batai (Falcataria muluccana, Paraserianthes falcataria).


Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chean Chung (PH - Semambu) konsep ladang hutan itu hakikatnya menyebabkan malapetaka kemusnahan hutan terutama di Pahang dan Kelantan.


Katanya, ladang hutan membenarkan pembalakan 'tebang dan bersih' dilaksanakan sehingga menghilangkan kesemua spesis kayu di kawasan yang diluluskan.


"Dari tahun 2012 hingga 2020, Kerajaan Negeri Pahang telah pun meluluskan 73,360 hektar hutan simpanan untuk ditebang dan dijadikan ladang hutan. Ladang hutan ini kebiasaannya akan dibersihkan melalui kaedah cuci mangkuk (clear felling)


"Bagaimanapun di Pahang, daripada 73,000 hektar ladang hutan yang diluluskan, hanya 3,971 hektar ataupun 5% yang ditanam semula. Baki 70,000 hektar hutan yang dibersihkan, pokoknya ditebang, sekarang menjadi terbiar," katanya.


Chean Chung berkata demikian ketika mengulas titah Pemangku Raja Pahang mengumumkan bahawa kawasan hutan simpan kekal telah ditambah lebih 7,000 hektar menjadikan jumlahnya kira-kira 1.6 juta hektar hutan simpanan kekal (HSK) di Pahang, dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri, pagi tadi.


Namun, kata beliau, bukan semua HSK adalah hutan rimba ataupun hutan dara seperti dianggap rakyat. Daripada 1.6 juta hektar HSK, hanya 646,000 hektar diwartakan sebagai hutan perlindungan.


Manakala pembalak di ladang hutan, kata Bendahari Agung KEADILAN itu, lebih berminat mengeluarkan hasil kayu sebaliknya hanya 5% sahaja ladang yang ditanam semula.


"Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Karim Abu Samah mengesahkan projek ladang hutan sering digunakan sebagai alasan untuk menghalalkan pembalakan cuci mangkuk. Lebih-lebih lagi sehingga hari ini, projek ladang hutan ini telah mengakibatkan keluasan hutan yang amat besar musnah, tetapi tidak nampak hasil komersil. Apakah komen kerajaan?


"Isu ini serius. Persoalannya, mengapakah perkara-perkara yang jelas memperlekehkan integriti Kerajaan Negeri ini boleh berlaku?" katanya.


Beliau juga menyeru kepada anggota dewan supaya sedar kelangsungan hidup manusia kerana wujudnya flora dan fauna.


Tambahnya, manusia akan mati sekiranya ekosistem persekitaran hilang. Namun sekiranya manusia pupus bumi akan menjadi lebih seimbang dan hijau.


"Mengapakah selepas 70,000 hektar hutan ditebang dan dimusnahkan di Pahang, pengusaha yang tidak menanam semula hutan ini dilepas dan dibebaskan?


"Biarpun apa alasan yang diberi, korporat-korporat tidak beretika ini adalah pembunuh flora dan fauna yang sepatutnya dipelihara mengikut Titah Pemangku Raja, dan juga pembunuh masa depan anak-anak kita apabila krisis perubahan iklim menjadi lebih parah.


"Apakah tindakan kerajaan terhadap mereka? Saya syorkan supaya projek ladang hutan dihentikan segera, jalanlan siasatan yang menyeluruh dan bentangkan kertas putih di dewan yang mulia ini. Kertas putih juga harus menyiasat hubungan pembukaan ladang hutan dengan banjir yang semakin teruk di Pahang.


"Untuk pengusaha yang tidak beretika, saya mengesyorkan agar kita gubal undang undang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pembunuh hutan ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER