top of page

Hina Sultan Selangor: Gesa pihak polis, MCMC ambil tindakan tegas

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Apr 28
  • 2 min read
Faizal Ismail (tengah) mahu pihak polis, MCMC mengambil tindakan lebih tegas pihak hina Sultan Selangor
Faizal Ismail (tengah) mahu pihak polis, MCMC mengambil tindakan lebih tegas pihak hina Sultan Selangor

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan keras terhadap pelaku yang membuat membuat hantaran jelik dengan suntingan gambar yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Pengerusi Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Faizal Ismail berkata, pihaknya amat kecewa dengan kebiadaban dan penghinaan terhadap Institusi Diraja melibatkan Sultan Selangor.


"Kami amat kecewa apabila sensitiviti ini dilakukan oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dimasukkan (disiarkan) di Facebook.


"Bagi kami perkara ini amat sensitif. Sebelum ini dimaklumkan tindakan tangkapan telah diambil. Tapi di pihak kami, kami masih lagi tidak puas hati dan amat kecewa kerana ia mencerminkan bahawa sesiapa pun boleh buat tindakan yang bagi kami amat sensitif.


"Kita mohon pada pihak PDRM dan SKMM untuk ambil tindakan yang keras kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.


Beberapa NGO turut membuat laporan polis pada hari ini mengenai suntingan gambar yang telah menimbulkan kemarahan masyarakat itu.


Dalam pada itu, Faizal menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi kepada mereka yang menyentuh Institusi Diraja.


Semalam, SKMM berkata, pihaknya telah mengambil rakaman percakapan seorang individu yang merupakan pentadbir akaun Facebook ‘HuaYan The Pureland Learning Centre’ bagi membantu siasatan.


SKMM ujarnya memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau terhadap Institusi Diraja kerana boleh menjejaskan keyakinan awam serta keharmonian dan ketenteraman masyarakat.


Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Dalam masa sama, PDRM turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page