top of page

Label lawan politik musuh Allah: Zainul Asri perlu tarik balik kenyataan - AMK



Pendakwah bebas yang juga ahli politik Pas Ustaz Zainul Asri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan memohon diselamatkan negeri Kedah daripada 'musuh Allah' dalam Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Jun lalu.


Menurut Ustaz Ashraf Hadi (gambar, atas) dari Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan Malaysia, ucapan yang dibuat oleh Zainul Asri "…moga-moga Allah SWT mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT…" amat tidak bertepatan dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia.


"Ustaz Zainul Asri tidak sepatutnya mengungkapkan pihak yang berbeza dengan pendirian politik dengan beliau sebagai musuh-musuh Allah. Hal ini kerana dalam konteks Malaysia pihak yang berbeza ideologi politik juga adalah orang Islam yang beriman kepada Allah SWT.


"Politik kepartian adalah bersifat al-ijtihadi, sehubungan itu amatlah tidak wajar menyatakan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kumpulan yang disokong merupakan musuh Allah, seolah-olah pihak tersebut menolak kebenaran Islam yang syumul.


"Implikasi daripada kenyataan ini hanya menyebabkan bibit-bibit budaya takfiri akan tumbuh dalam pemikiran masyarakat awam. Walhal, budaya mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengan pendirian politik diri sendiri sangat berbahaya dan tidak sesuai diamalkan dalam memupuk keharmonian masyarakat di negara ini," kata Ashraf dalam satu kenyataan.


Beliau berharap Zainul Asri selepas ini berhati-hati dalam melontarkan kata kata dan menyampaikan mesej politik kedamaian berbanding politik kebencian di dalam ucapannya.


Justeru, untuk tidak melebarkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, Ashraf berkata Zainul Asri perlu menraik balik kenyataan yang telah dikeluarkan kelmarin.


"Kami memohon agar Ustaz Zainul Asri menarik balik kenyataan tersebut," katanya lagi.


Ashraf juga memetik ayat al Quran Surah al-Ahzab (ayat 70-71) mengenai perkataan benar yang dituntut kepada umat Islam supaya berjaya di dunia dan akhirat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page