top of page

La Nina: Selangor pantau rapat perkembangan semasa



Kerajaan Negeri Selangor memantau rapat fenomena La Nina yang dijangka akan melanda negara bermula bulan depan.


Exco Pengurusan Bencana Negeri, Najwan Halimi berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan iklim dan cuaca bagi memastikan langkah komprehensif dapat untuk dilaksanakan.


Malah pihaknya sudah diberikan taklimat ringkas mengenai persiapan agensi berkaitan bagi mendepani sebarang kemungkinan susulan perubahan cuaca itu.


"Kita memang memantau sebarang kemungkinan atau implikasi perubahan iklim dari La Nina ini.


"Saya juga sudah mendapat taklimat ringkas daripada unit pengurusan bencana Selangor mengenai persediaan mereka.


"Di peringkat negeri, memang kita pantau rapat. Sebarang kemungkinan atau implikasi, insyaallah kita akan dapat tangani," Kata ADUN Kota Anggerik itu dipetik.


Terdahulu Najwan hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berjumlah RM200,000 kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kelab Ragbi Selangor di Bangunan Darul Ehsan.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 9 Jun lalu memaklumkan fenomena La Nina dijangka bermula antara Julai dan September.


Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, fenomena yang biasanya membawa keadaan cuaca lebih lembap mencapai kemuncaknya menjelang akhir tahun dan berterusan pada awal tahun depan.

Ujarnya, La Nina boleh bertahan antara lima hingga 18 bulan, berdasarkan model ramalan antarabangsa, La Nina akan datang dijangka berada pada kekuatan lemah atau sederhana.


Muhammad Helmi juga menegaskan setiap episod La Nina adalah unik dan mungkin memberikan hasil yang berbeza.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page