top of page

KWSP sahkan kenyataan PM situasi simpanan pencarum



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tampil menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa semakan mendapati ramai pencarum memiliki jumlah bagi simpanan sangat sedikit.


Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein dipetik berkata seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.


"Tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022 di mana nilai itu jauh lebih sedikit berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas," katanya dipetik laporan Sinar Harian.


Minggu lalu, Perdana Menteri ketika mengulas gesaan pihak yang mahu kerajaan meluluskan pengeluaran wang caruman KWSP sehingga RM30,000 secara 'one-off' seperti yang pernah dilakukan pentadbiran sebelum ini berkata beliau bimbang tindakan itu akan menjejaskan masa depan pencarum.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata berbanding membenarkan wang simpanan itu dikeluarkan, kerajaan tegasnya akan merangka satu cara lain bagi membantu rakyat.


"Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.


"Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi lebih baik kerajaan cari jalan lain bagi membantu mereka (pencarum),” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page