top of page

KWSP RM10,000: Pencarum hantar memorandum kepada Agong mahu keluar wang sendiri



Pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one off RM10,000 yang masih dihalang oleh kerajaan BN menyebabkan para pencarum beralih arah menghantar memorandum rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.


Menurut wakil memorandum rakyat dari pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia, Khairul Anuar Othman (gambar, kiri sekali), para pencarum sejak sebuan lalu telah melakukan pelbagai cara termasuk berbincang dengan pengurusan tinggi KWSP namun gagal mencapai keputusan terbaik


Oleh itu, katanya, para pencarum mengumpulkan lebih 100,000 tandatangan untuk dipersembahkan kepada Agong mendesak kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang KWSP tersebut


"Kita telah mengumpulkan lebih 100,000 tandatangan yang menutut agar RM10,000 one off diluluskan oleh kerajaan Keluarga Malaysia, Satuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.


Khairul turut menyeru agar pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri bersikap lebih prihatin terhadap suara rakyat yang mahu membina semula kehidupan mereka selepas pandemik Covid 19 dan banjir besar baru baru ini.


"Kami merayu agar didengar rintihan kami, dengar hati nurani kami kerana setiap waktu saya dan rakan lain mendapat panggilan telefon. Ada yang sanggup nak jual rumah, ada yang kehilangan kerja malah ada sanggup menjadi pelacur. Terkini ada yang sanggup bunuh diri.


"Wahai kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri , wahai Tengku Zafrul Menteri Kewangan tolong kami!


"Rakyat sudah tidak sabar lagi, kami tidak buat buat perhimpunan kerana kami merayu. Tetapi sekiranya anda tidak meluluskan permintaan kami maka satu perhimpunan besar akan saya lakukan," katanya.


Antara isi kandungan memorandum yang dibacakan oleh Khairul petang tadi menyentuh mengenai kaedah pengeluaran wang KWSP yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan:


'Kami pencarum KWSP ingin menuntut RM10,000 one off bagi kali terakhir dengan kadar segera di musim pandemik Covid 19 bagi yang mempunyai baki mencukupi dan jumlah yang rasional


Bagi baki yang kurang RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP atas alasan berikut. Pertama, pencarum kehilangan pendapatan akibat Covid pada 2020; kedua, pencarum masih dalam proses mendapatkan pekerjaan stabil dan di kalangan pencarum juga berada dalam peringkat umur yang melepasi permintaan dalam perkhidmatan insdustri dan lapangan masing masing


Delegasi menyerahkan memorandum kepada wakil istana

Pencarum dapat pekerjaan tetapi gaji yang ditawarkan tidak seperti yang diterima sebagaimana sebelumnya sedangkan komitmen sedia ada adalah berdasarkan pendapatan terdahulu


Untuk memperbaiki perniagaan kecil pencarum yang baru bermula dan terjejas selepas PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.


Untuk melunaskan tunggakan hutang pinjaman peribadi, sewa rumah, sewa kedai, bil utiliti yang gagal ditampung disebabkan hal hal di atas.'

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page