top of page

KWSP: Kerajaan rela tidak populis elak impak buruk



Keputusan untuk membenarkan pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan memberi kesan kepada dividen pencarumnya.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika ditemui media di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam semalam menjelaskan kerajaan tidak mengamalkan pendekatan populis dengan membenarkan pengeluaran simpanan itu walaupun berdepan desakan banyak pihak.


"Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan ‘like’ di TikTok dan Facebook, dan kesannya kita merasainya sekarang," katanya.


Mengulas lanjut keputusan itu beliau berkata, sebarang langkah membenarkan pengeluaran simpanan pencarum hanya akan mengurangkan saiz dana secara mendadak.


Pengurangan dana itu bakal memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibiliti pelaburan sehingga mengehadkan strategi pilihan pelaburan yang kemudian menjejaskan dividen dinikmati pencarum.


"Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil.


"Jika kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana kita mahu mengadakan pilihan raya negeri dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan dengan tegas bahawa tiada kebenaran akan diberikan untuk sekali lagi pengeluaran KWSP.


Beliau yang sebelum ini menyatakan kebimbangan dengan jumlah simpanan besar pencarum yang merosot susulan beberapa siri pengeluaran simpanan itu berkata, beliau boleh memilih langkah popular dengan membenarkanya.


Namun sebagai seorang pemimpin bertanggungjawab, beliau memilih untuk mempertahan simpanan bagi kegunaan selepas pesaraan pencarum itu.


Anwar pada pembentangan Belanjawan 2023 memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai RM10,000 ke bawah bagi membolehkan wang itu dilabur oleh KWSP.


Kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang benar-benar 'terdesak' menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page