top of page

KWSP: Dividen pencarum sangat rendah jika benar pengeluaran bersasar



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sekali lagi menegaskan rasional kerajaan tidak membenarkan pengeluaran kali kelima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Hal itu susulan tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan beramai-ramai semalam selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak.


Tegas Rafizi, walaupun tuntutan ini jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan yang sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.


Pengeluaran itu jelasnya hanya akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.


"Apabila dana KWSP menyusut, ini akan mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.


"Ini akan membawa kesan kepada pencarum-pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman KWSP kerana jika pulangan secara keseluruhannya rendah, maka pencarum-pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu," katanya menerusi hantaran video di laman Instagram.


Mengulas lanjut Rafizi berkata, kerajaan tidak memilih jalan populis membenarkan pengeluaran itu untuk meraih sokongan rakyat.


Sebaliknya kerajaan menambahkan lagi caruman dan simpanan hari tua kepada pencarum supaya simpanan hari tua mereka mencukupi.


"Oleh sebab itu kerajaan memilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan memilih jalan singkat yang akan meninggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page