top of page

KUSKOP tegas lindungi dominasi francais tempatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menegaskan komitmen untuk memastikan pasaran francais negara kekal memihak kepada usahawan tempatan meskipun berdepan persaingan jenama antarabangsa.


Timbalan Menterinya Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, keseimbangan itu dicapai melalui pelaksanaan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) serta pelbagai skim pembiayaan, latihan dan sokongan khusus kepada pemain tempatan, termasuk hampir RM256 juta melalui Skim Pembiayaan Franchisor dan Francaisi.


"KUSKOP turut menyediakan program bantuan kepada usahawan veteran dan pesara bagi memperoleh perkakasan perniagaan, di samping latihan percuma atau bersubsidi serta khidmat rundingan," katanya dipetik pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.


Menjawab kebimbangan mengenai penguasaan rangkaian peruncitan besar seperti FamilyMart, Ramanan menjelaskan bahawa francais jenama antarabangsa turut dimiliki rakyat tempatan.


"Terdapat 68 francais asing berdaftar dalam sektor makanan dan minuman di bawah MyFaX 2.0, namun francais tempatan masih menguasai pasaran dengan 52.1%.


"Kehadiran francais luar juga membawa manfaat seperti peningkatan pelaburan, pengukuhan rantaian bekalan serta pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada pengusaha tempatan," tambahnya.


Sementara itu, Ramanan turut menegaskan bahawa kerajaan bukan sahaja komited mempertahankan kepentingan usahawan tempatan, malah aktif membantu memasarkan jenama Malaysia ke peringkat global melalui misi perdagangan ke Dubai, Osaka dan Shanghai.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page