top of page

KUSKOP siapkan kertas strategi perkasa sektor PKS



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyediakan kertas strategi bagi memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, langkah itu amat diperlukan kerana nilai sumbangan sektor Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicatat pada 2022, masih rendah berbanding sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).


Sehubungan itu jelasnya, satu siri sesi libat urus telah diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak PKS tentang isu dan cabaran serta cadangan fasilitasi yang diperlukan bagi pemerkasaan PKS.


"Berdasarkan pencapaian prestasi 2022, sumbangan PMKS kepada KDNK adalah sebanyak 38.4 peratus atau RM580.4 bilion manakala jumlah eksport menyumbang 10.5 peratus atau RM144.5 bilion.


"Koperasi pula menjana perolehan sebanyak RM45.5 bilion dan memiliki aset bernilai RM159.6 bilion. Oleh itu, kita perlu merancang strategi-strategi yang boleh menghasilkan impak yang lebih besar kepada sektor keusahawanan di negara ini," katanya.


Ewon sebelumnya hadir menyampaikan amanat kepada warga kementerian itu pada Majlis Amanat Menteri Tahun 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.


Ewon sementara itu memaklumkan, kertas strategi itu akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), April depan.


Ewon juga berkata dalam mengukuhkan ekosistem keusahawanan supaya lebih holistik, Jemaah Menteri telah bersetuju agar ekosistem pembangunan serta kawal selia perniagaan francais, diletakkan di bawah KUSKOP.


Katanya perubahan ini adalah sebagai melengkapkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perbadanan Nasional Bhd (Pernas), sebagai agensi KUSKOP dalam membangunkan usahawan-usahawan francais negara ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page