top of page

KUSKOP kenal pasti isu dihadapi PKS - Ramanan



Pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dibantu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk R Ramanan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti isu-isu penting yang dihadapi PKS yang memerlukan perhatian kerajaan susulan sesi perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (MIMCOIN).


Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Kongres PKS Keempat anjuran MIMCOIN di Kuala Lumpur pada Sabtu, Ramanan turut meletak keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan berupaya membantu PKS berkenaan dari aspek pembiayaan kewangan, bimbingan keusahawanan, geran sepadan dan jalinan hubungan melalui agensi seperti SME Corp, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)


"Saya sudah dengar dengan mendalam, antara masalah dihadapi semua PKS adalah bagaimana mereka boleh membangunkan (kembangkan) perniagaan mereka, dalam aspek untuk dapatkan bantuan (kewangan), infrastruktur dan jalinan hubungan," katanya dipetik.


Yang turut hadir dalam perbincangan itu adalah, Pengerusi The Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL), Datuk Seri Mohd Iqbal Rawther, Presiden MIMCOIN Datuk Jamarulkan M.S Kadir dan Pengerusi Penganjur Kongres PKS Keempat Datuk Abdul Hamid PV Abdu.


Sementara itu, mengulas mengenai perbincangan diadakan bersama MMCOIN, Ramanan turut meletak harapan agar mereka boleh menjadi badan penghubung antara kementeriannya dan pemain-pemain PKS dalam mengatasi apa juga permasalahan yang dihadapi.


"MIMCOIN sekarang mempunyai lebih 1,000 SME di bawahnya, jadi jika boleh MIMCOIN ini menjadi jurucakap kepada mereka (usahawan PKS) untuk membawa isu-isu yang dihadapi ke KUSKOP dan agensi-agensi berkaitan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page