top of page

KUSKOP cadang tambah peruntukan TEKUN masyarakat India



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha menambah peruntukan Skim Program Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) TEKUN Nasional.


Timbalan Menterinya Datuk R Ramanan berkata, cadangan tersebut yang bertujuan mendepani cabaran semasa telah dikemukakan kepada Menterinya, Datuk Ewon Benedick.


Ewon jelasnya bersetuju cadangan menambah peruntukan RM30 juta itu dan beliau berjanji membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya faham ramai usahawan memerlukan sokongan dan bantuan. Kita akan cuba bantu yang terbaik," katanya di Facebook.


Melalui hantaran itu beliau turut berkata, Ewon juga meminta beliau meneliti pelbagai keperluan lain yang boleh memberi manfaat kepada kaum India.


Ia jelasnya khususnya di SME Corp, Suruhanjaya Koperasi dan agensi-agensi lain dibawah kementerian.


"Pertemuan ini merupakan komitmen untuk bekerjasama dengan penuh sinergi, dengan tekad memaksimumkan fungsi dan peranan kementerian demi memajukan sektor usahawan dan koperasi.


"Ia juga mencerminkan semangat kolaboratif yang akan menjadi pendorong utama bagi pembangunan ekonomi dan keusahawanan negara.


"Semoga tugas ini menjadi wadah kekuatan dan tunjang baharu dalam menggerakkan KUSKOP untuk terus berbakti kepada masyarakat sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara," tambahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page