Kursus pemantapan jentera Tanjung Kapor: KEADILAN siap siaga hadapi PRN
- Suara Keadilan

- Sep 27
- 1 min read

Oleh: Shaiful Annuar S
Kursus Pemantapan Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, DUN Tanjung Kapor yang berlangsung selama dua hari di Hotel Friendly, Kudat, berakhir dengan semangat tinggi dan kesiapsiagaan menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini.
Seramai 40 peserta terdiri daripada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Sekretariat Jentera PRN menyertai kursus ini yang memberi penekanan kepada strategi operasi, penyelarasan gerak kerja di peringkat akar umbi, serta pengukuhan semangat berpasukan.
Peserta turut diberi pendedahan strategi terkini melalui sesi bersama wakil Pejabat Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) Pusat, Sangetha Jayakumar dan Hanafi Jalalludin, termasuk perancangan logistik serta pendekatan penglibatan komuniti.
"Kejayaan PRN Sabah ke-17 bergantung kepada kemampuan jentera untuk bekerja secara integrasi, dengan fokus pada komunikasi efektif, koordinasi lapangan, dan respons yang cepat terhadap dinamika medan pilihan raya," tegas Ketua Cabang Kudat, Stefly Said ketika menutup kursus berkenaan.
Beliau turut memberi kata-kata semangat agar jentera membentuk satu pasukan sepadu dan sentiasa berhubung rapat dalam setiap peringkat operasi.
Peserta kursus turut menerima sijil penyertaan serta t-shirt bertuliskan “Harapan Urang Sabah” sebagai simbol kesatuan dan kesiapsiagaan menghadapi PRN.
Hadir sama, wakil JPRP PPR DUN dari Selangor, Shaiful Anuar, yang berkongsi pandangan bagi memupuk rangkaian hubungan antara peringkat operasi pusat dan jentera negeri.








Comments