Hari sarawak lebih bermakna dimabut sekiranya jurang kemiskinan antara negeri itu dan negeri lain dalam Persekutuan Malaysia dapat dikurangkan.
Hal itu diungkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya sempena Hari Sarawak yang jatuh pada hari ini.
"Tarikh hari ini amat signifikan dan besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala Bumi Kenyalang mencapai kemerdekaannya dari penjajah Inggeris pada 22 Julai 1963.
"Sebagai tanda kita hargai 59 tahun kemerdekaan ini, saya gesa kerajaan untuk terus beri tumpuan mengurangkan jurang kemiskinan antara yang kaya dan miskin di demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
"Selamat Hari Sarawak," katanya.
Hari Sarawak disambut pada 22 Julai setiap tahun oleh negeri Sarawak.
Fakta sejarah, pada 22 Julai 1963, dengan jangkaan Sarawak akan bersama membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September tahun berkenaan Gabenor terakhir Tanah Jajahan Inggeris, Alexander Waddell, menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada rakyat Sarawak dengan bendera kolonial diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan.
Sebelum itu, Gabenor telah melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
Comentarios