Sukan SEA ke 23 di Kemboja yang baharu sahaja berakhir dan menimbulkan kritikan ke atas Menteri Belia dan Sukan serta Timbalannya kerana atlet Malaysia tidak mencapai sasaran memenangai 40 pingat emas, tidak wajar diletakkan kesalahannya hanya kepada satu pihak.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia gagal menepati sasaran emas dan kementerian mengurangkan sasaran tersebut.
Katanya, Sukan SEA di Kemboja tidak mempertandingkan banyak acara sebagaimana sebelumnya yang dianjurkan di negara negara ASEAN lain.
"Sebelum kita hantar atlet, Malaysia hilang 18 emas, 16 perak dan 30 gangsa atau 66 pingat apabila acara sukan SEA di Vietnam (temasya terdahulu) tidak dipertandingkan di Kemboja.
"Kita telah jangka kita hilang pingat kerana banyak acara kita dapat emas tidak dipertandingkan (di Kemboja)
"Sukan yang menjadi kekuatan Malaysia seperti squasy, bowling, gimrama, memanah tidak dipertandingkan," katanya dalam sidang media di Kompleks Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.
Selain itu, kata beliau, tuan rumah juga mengurangkan beberapa acara sukan seperti gimnastik artistik dan berbasikal yang Malaysia mempunyai potensi besar untuk menang.
"Dari awal lagi lagi kita hanya berpeluang memenangi 59% pingat yang ditawarkan kerana hanya menyertai 340 acara sukan," katanya.
Begitu juga Hannah Yeoh menolak kritikan sekiranya Malaysia mendapat 40 pingat emas berbanding 34, maka kedudukan negara akan lebih baik daripada tempat ke-7. Katanya, andaian itu tidak tepat kerana kedudukan Malaysia akan kekal di tempat ke 7.
Tambah Hannah Yeoh, pihak kementerian juga berpandangan cabaran Malaysia kali ini agak terhad kerana Kemboja lebih banyak mempertandingkan sukan tradisi yang tidak disertai atlet Malaysia tetapi menjadi potensi pingat emas bagi atlet di kawasan Indo-China termasuk Thailand.
Bagaimanapun, Hannah Yeoh mahu rakyat Malaysia melihat pertambahan keseluruhan jumlah pingat sebagai bukti atlet negara telah melakukan yang terbaik di Kemboja.
"Pingat emas kita kurang 6 daripada sasaran. Namun pingat perak kita melebihi 8 pingat daripada sasaran. Untuk pingat gansa pula melebihi 32 daripada sasaran. Tambahan pingat kita dapat melebihi sasaran sebanyak 40 pingat.
"Pada saya pencapaian atlet negara membanggakan," kata beliau lagi.
Pada temasya kali ini Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa tetapi membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa sebaik sahaja sukan itu berakhir semalam.
Comments