![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_8a37fd74ae8c4c2aa58347071a6b1a4f~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_8a37fd74ae8c4c2aa58347071a6b1a4f~mv2.jpg)
Kekurangan Pegawai Perlindungan Kanak kanak sebagaimana ditimbulkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun baru baru ini sepatutnya telah ditangani oleh pihak kementerian sejak setahun lalu.
Menurut Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athira Sabu, kekuranagan tersebut telah pun berlaku pada era pemerintahan BN dan PH sebelum ini yang sepatutnya telah ditangani secara berkesan oleh Rina.
"Kekurangan kakitangan bukanlah satu hal baharu, dan sebenarnya sudah pun diketahui oleh kita sekian lama. Apa yang kita nanti-nantikan adalah bagaimana memastikan wujudnya tindakan yang sustaine .
"Kekurangan kakitangan bukanlah sesuatu yang baru. Semasa PH berada dalam Kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajui Datuk Seri Dr Wan Azizah telah pun mengenal pasti isu-isu kekurangan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak, bahkan dalam perancangan bagi pengambilan lebih ramai pegawai
"Malangnya, Kerajaan PH ditumbang pada Februari 2020, menyaksikan pelbagai rancangan murni untuk negara tidak dilaksanakan sehinggalah ke hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, kekurangan kakitangan sepatutnya telah dirintis dengan usaha mewujudkan Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial, bagi memudahkan kerajaan mengambil kekitangan terlatih.
Beliau sendiri, kata Aiman, telah membentangkan hal itu dalam Konvensyen AWAN Nasional, dalam dokumen Sepuluh Tuju Tumpu Wanita Amanah Untuk Malaysia.
"Rina seharusnya tahu perbincangan mengenai keperluan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak tidak boleh dibuat tanpa terlebih dahulu memahami akan kepentingan menggubal sekaligus membentang Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial.
"Setakat membangkit isu dan permasalahan tidak menggambarkan Rina seorang Menteri yang telah menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya diuruskan dan digerakkan solusi lebih awal.
"Rina wajar lebih berperanan aktif samada dalam mesyuarat peringkat kementerian, mesyuarat kabinet dan pasca kabinet. Baharulah banyak isu dan permasalahan rakyat dapat diselesaikan secara terarah, bertanggungjawab dan berkesan," katanya.
Menurut beliau lagi, sesiapa pun sebagai Menteri Kabinet harus berhenti daripada menceritakan masalah kerana tugas mereka adalah untuk menyelesaiakn masalah atau menaiktaraf keperluan dalam kementerian.
Sebaliknya, kata Aiman, apa yang rakyat ingin tahu adalah solusi dan sejauhmana tindakan-tindakan telah diambil.
"Sebagai penandatangan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), saya juga ingin mengulang seruan agar Kerajaan segera membentang laporan negara ke mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai kelemahan, pencapaian dan langkah-langkah ke hadapan Malaysia dalam melindungi hak dan kebajikan kanak-kanak
"Adalah sangat penting untuk kerajaan memahami akan keperluan jika tidak mewujudkan sebuah kementerian khusus untuk kanak-kanak pun, memadai jika Menteri Wanita menzahirkan komitmen dan political willnya terhadap harapan kebanyakan kita untuk melihat sebuah jabatan atau agensi khusus kanak-kanak atau sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan melapor terus kepada Parlimen," katanya lagi.
Comentarios