top of page

KEADILAN Kuantan catat mobilisasi tertinggi pada MATC Perdana Pahang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 12
  • 1 min read

Updated: Apr 13

Fakhrul (tiga dari kiri) bersama Datuk Farhan dan DS Tengku Zafrul dalam MATC Kuantan
Fakhrul (tiga dari kiri) bersama Datuk Farhan dan DS Tengku Zafrul dalam MATC Kuantan

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Gabungan Semua 14 Cabang KEADILAN seluruh Negeri Pahang berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan KEADILAN Kuantan mencatat mobilisasi tertinggi, apabila lebih 450 anggotanya hadir dalam Majlis MATC Perdana yang berlangsung pada 10 April lalu.


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota yang hadir dan menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program tersebut.


"Kehadiran luar biasa ini membuktikan semangat juang dan kesatuan yang kukuh dalam kalangan anggota KEADILAN Kuantan," katanya dalam satu kenyataan.


Anggota KEADILAN menghadiri MATC Perdana Pahang menikmati jamuan
Anggota KEADILAN menghadiri MATC Perdana Pahang menikmati jamuan

Majlis berkenaan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, dan turut diserikan dengan ucapan penuh semangat daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menekankan kepentingan kesepaduan dalam parti.


Dalam ucapannya, Ahmad Farhan menekankan kepentingan perpaduan dan disiplin dalam kalangan anggota parti, selain menyeru kesiapsiagaan jentera dalam menghadapi cabaran politik.


Dalam pada itu, Fakhrul Anuar turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang terlibat, sambil berharap momentum tersebut dapat diteruskan dalam memperkukuh perjuangan parti.


"Semoga semangat ini terus diperkasakan dalam perjuangan kita bersama," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page