top of page

Kurang karenah birokrasi, pantas buat keputusan, resepi tarik pelaburan asing



Pasca persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu dan pertemuan dengan sejumlah pelabur asing di Amerika Syarikat, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap karenah birokrasi di Malaysia yang menghambat kemasukan pelabur asing.


Beliau dalam jawapan kepada pelabur berjanji untuk melakukan reformasi dalam perkhidmatan awam. Kepada anggota perkhidmatan awam pula pesan beliau, kelewatan meluluskan pelaburan menyebabkan pelabur menyeberang ke negara jiran.


Bagi Ahli Lembaga Penasihat Dewan bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Chen Heng, anggota pentadbiran awam seharusnya disedarkan mengenai pesaingan sengit yang dihadapi Malaysia merebut pelaburan.


Katanya, dalam keadaan negara tidak mempunyai banyak kelebihan berbanding negara jiran, kepantasan birokrasi akan menjadi pertimbangan utama kemasukan pelabur.


"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar telah dengan jelas menekankan perkara ini dan menyuarakan kekecewaan terhadap kelambatan dalam proses pembuatan keputusan kerajaan.


"Inilah reformasi yang sangat diperlukan dan akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan dari syarikat-syarikat global, sambil memberi pelbagai faedah kepada negara dan rakyat.


"Sekiranya kerajaan dapat menguruskan proses kelulusan perniagaan dan pembuatan keputusan dengan lebih cekap, ia akan lebih mudah untuk menarik pelabur antarabangsa. Ini akan mencipta peluang pekerjaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Andre Lai lagi, mengurangkan karenah birokrasi itu bukan sahaja membantu mempercepat kemasukan pelabur asing malah syarikat-syarikat tempatan pun akan turut beroleh manfaat dengan segeranya kelulusan diberi kepada perkhidmatan atau produk mereka di dalam negara.


"Reformasi ini akan membantu meningkatkan daya saing syarikat-syarikat tempatan. Akan menjadikan lebih mudah untuk syarikat-syarikat tempatan mendapatkan kelulusan dan sumber yang diperlukan dalam mengembangkan perniagaan mereka serta berinovasi.


"Ini akan membantu syarikat-syarikat Malaysia bersaing secara lebih berkesan di pasaran antarabangsa dan mengukuhkan kekuatan ekonomi negara. Juga pembaikan dalam sistem pentadbiran ini akan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti," katanya lagi.


Justeru, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu berharap akan berlaku anjakan paradigma dalam perkhidmatan awam selepas ini yang akan menjadi penyumbang serta pemangkin kepada pemecutan ekonomi negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page