top of page

Kunjungi Festival Kartun Gen-Z, tampil 200 karya kartunis muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 15, 2024
  • 1 min read

ree

Festival Kartun Gen-Z yang akan dianjurkan pada 19 dan 20 Oktober ini harus dikunjungi oleh peminat kartun tanah air kerana mempamerkan 200 karya kartunis muda di bawah umur 30 tahun dan berbakat besar.


Pameran dan aktiviti kartunis itu bertemakan "Muhibah dan Perpaduan". Menurut pengajur, pelbagai aktiviti diadakan dan pengunjung boleh mengambil bahagian, seperti peraduan melukis dan mewarna, bengkel melukis kartun, sesi kartunis Wanita, sesi kartunis autisme, demonstrasi melukis kartun, sesi kartunis hantu, sesi lelongan karya dan lain lain.


Menurut penganjur lagi, pelbagai karektor kartun dihimpunkan termasuk dari kartunis Orang Asli serta dari Sabah dan Sarawak.


Pameran itu berlangsung pada 9 pagi sehingga 9 malam di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut sila layari: www.festivalkartungenz.com

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page