top of page

Kunjungan Presiden kuatkan semangat jentera DUN Layang Layang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 6, 2022
  • 1 min read


Kunjungan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Simpang Renggam dan bertemu jentera DUN Layang Layang semalam menguatkan semangat untuk memastikan DUN berkenaan menjadi milik KEADIILAN pada Pilihan Raya Negeri Johor, Mac ini.


Menurut Penyelaras DUN Layang Layang, Faizul Abd Ghani, amanat presiden amat dinanti nantikan oleh jentera untuk menggempur kubu BN.


"Alhamdulillah, Datuk Seri Presiden sudi meluangkan masa selama beberapa minit bersama saya di perkarangan pejabat MPN untuk mendapatkan maklumat terperinci bekenaan persediaan jentera pilihan raya Negeri Johor

Faizul (tengah) bersama jentera DUN Layang Layang


"Semoga kami semua diberi kekuatan, diberi rahmat olehNya dan mendapat semula kepercayaan Bangsa Johor untuk mentadbir kembali negeri ini," katanya selepas mesyuarat MPN dan Penyelaras Bersama Presiden di Johor Bahru malam tadi


Dalam pada itu Faizul turut mengucapkan penghargaan kepada ketua kampung, pihak yang menyediakan homestay, Pejabat Parlimen Simpang Renggam dan lain lain yang memberi kerjasama menjayakan majlis bersama presiden di kawasan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page