
Kunjungan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching, Sarawak semalam mengambil kesempatan menziarahi balu kepada seorang penggerak awal reformasi di Sarawak.

Beliau menyampaikan sedikit sumbangan kepada Salina Yusuf yang kini mengusahakan sebuah restoran.
"Ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Puan Salina Yusuf, balu Allahyarham Mohd Idil di Kuching.
"Allahyarham merupakan seorang reformis awal di Sarawak sejak tahun 1998 yang tidak putus asa berjuang mengangkat agenda reformasi tanpa kenal erti penat lelah.
"Menjadi contoh anggota parti yang berintegriti, sabar dan cukup setia sehingga ke hujung usia, Allahyarham dijemput menghadap Yang Maha Pencipta pada tahun 2019. Semoga Allah tempatkan Ruhnya di kalangan para syuhada dan solehin," katanya.