top of page

Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada bertemu Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 27, 2022
  • 1 min read


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Wayne Robson di pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya.


Pertemuan itu membincangkan isu semasa di Malaysia dan cabaran politik serantau.


"Perbincangan kami menyentuh situasi semasa di Malaysia dan Kanada serta cabaran geopolitik di rantau ini.


"Turut disentuh adalah mengenai soal hubungan ekonomi dan pelaburan melibatkan kedua-dua negara.


"Semoga hubungan ini terus diperkukuh dan diperhebat sekali gus membawa manfaat bersama," katanya.


Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page