top of page

Kunjungan 50 pemimpin KEADILAN Kedah ke Sindumin perkukuh jentera PRN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 27, 2025
1 min read

Kehadiran pemimpin KEADILAN Kedah perkuat jentera KEADILAN Sidumin hadapi PRN Sabah
Kehadiran pemimpin KEADILAN Kedah perkuat jentera KEADILAN Sidumin hadapi PRN Sabah

Persiapan jentera KEADILAN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terus diperkukuh apabila Bilik Gerakan Utama KEADILAN N.35 Sindumin menerima kunjungan rombongan Anak Muda Madani Kedah yang diketuai Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim bersama lebih 50 pimpinan negeri Kedah termasuk Ketua-Ketua Cabang, Angkatan Muda Keadilan dan mantan pimpinan cabang.


Menurut satu kenyataan media, kehadiran rombongan tersebut disifatkan sebagai suntikan semangat buat jentera KEADILAN Sindumin.


Malah, Zuraidi yang juga Bapa Angkat KEADILAN N.35 Sindumin turut mengumumkan sumbangan khas bagi membantu melancarkan program serta memperkukuh gerak kerja parti di peringkat cabang.


"Kehadiran rombongan ini bukan sahaja menjadi pemangkin semangat kepada jentera KEADILAN N.35 Sindumin, malah turut memperkukuh solidariti serta kesiapsiagaan menghadapi PRN Sabah yang bakal menjelang," kata kenyataan itu.


Rombongan berkenaan disambut oleh Ketua Wanita KEADILAN Sipitang merangkap Exco Wanita KEADILAN Malaysia, Junaidah Makku, yang hadir mewakili Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh.

Jentera KEADILAN Sidumin bermesyuarat bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Kedah
Jentera KEADILAN Sidumin bermesyuarat bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Kedah

Turut sama Setiausaha Cabang KEADILAN P.178 Sipitang, Maudin Melinci bersama barisan AJK Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Sipitang.


Pada masa yang sama, Wendey Agong Baruh turut terlibat merasmikan Penutupan Program Jiwa Komuniti Madani Mukim Melamam di PDM Mendulong, menandakan kesibukan jentera dalam pelbagai program serentak.


Menurut kenyataan media itu lagi, lawatan tersebut memperlihatkan semangat kebersamaan pimpinan dari Semenanjung berkunjung ke Sabah dalam memperkukuh solidariti parti.


Kehadiran sokongan daripada pimpinan luar wilayah diyakini menjadi dorongan besar buat KEADILAN Sindumin mengatur strategi dan memastikan kesiapsiagaan jentera menuju PRN yang bakal menjelang.

1 Comment


LouisaFletcher
Oct 16

https://cosyanna.de kept coming to mind while reading about the Kedah leaders heading to Sindumin, especially the point about cross-region visits strengthening party solidarity before the Sabah election. It makes me think about how much groundwork actually happens between elections, not just during campaign season. Datuk Zuraidi being the Bapa Angkat there probably adds a personal dimension that a formal delegation wouldn't have.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page