Kumpulan Semesta sumbang RM10 juta skim bantuan ekonomi rakyat



Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditubuhkan khas sebagai syarikat mengumpul hasil mineral di Selangor menyerahkan sumbangan bernilai RM10.4 juta kepada Kerajaan Negeri semalam.


Sumbangan KSSB berupa pemberian tahunan syarikat berjumlah RM6 juta, tabung warisan (RM400,660.26), Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin (RM10,000) dan Pakej Kita Selangor 2.0 (RM4 juta).


KKSB juga menyerahkan RM20,000 kepada Tabung Prihatin Tahfiz Selangor.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menerima sumbangan berkenaan di bangunan pentadbiran negeri berkata bantuan tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab korporat syarikat itu membantu Kerajaan Negeri menangani suasana mencabar akibat pandemik.


"KSSB dibentuk khusus mengatur dan mengurus aktiviti kuari pasir di Selangor selain bertanggungjawab menyelenggara jalan raya bawah Jabatan Kerja Raya baru-baru ini.


"Jadi sumbangan ini sebagai menyokong inisiatif Kerajaan Negeri dan akan disumbangkan kepada rakyat memerlukan,” katanya.


KSSB diwakili Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rahman Ishak dalam majlis berkenaan.


GLC tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada 2008 dan mengumpul hasil perlombongan pasir serta mineral lain untuk dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai skim bantuan ekonomi kepada golongan memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER