top of page

Kukuhkan semangat muhibbah sempena Tahun Baru Cina



Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia untuk mengukuhkan semangat Muhibbah yang tinggi.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menyatakan harapan agar sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini menjadi pemangkin menguatkan azam rakyat untuk mengukuhkan hubungan antara kaum di negara ini.


"Pertamanya, kita merasa syukur kerana Malaysia tidak berada dalam keadaan rusuhan dan peperangan seperti di beberapa negara lain.


"Realitinya, Malaysia pada hari ini adalah aman dan rakyat dapat hidup dengan harmoni antara satu sama lain, ini adalah kemenangan besar untuk setiap warganegara Malaysia," kata Dr Wan Azizah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina Komuniti Kuala Lumpur 2023, semalam.


Dr Wan Azizah mengambil kesempatan mengagihkan angpow kepada warga emas

Beliau sementara itu turut menyorot keakraban rakyat di negara ini yang menurutnya walaupun terdiri daripada masyarakat berlainan kaum ataupun agama, namun saling hidup bersatu padu dan saling bantu membantu.

"Ini adalah satu rahmat yang mungkin kita tidak sedar. Tapi percayalah, Malaysia tidak akan maju, aman dan tenang seperti sekarang jika terdapat konflik perkauman berpanjangan.


"Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kaum Cina di Bandar Tun Razak dan Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page