top of page

Kukuhkan semangat kekeluargaan, kesepaduan masyarakat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17, 2024
  • 1 min read

ree

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mahu umat Islam mengukuhkan semangat kekeluargaan dan kesepaduan masyarakat sempena Hari Raya Aidiladha, hari ini.


Beliau turut mendoakan umat Islam Malaysia yang menunaikan haji ke Mekah mendapat haji yang mabrur.


"Mendoakan mabrur dan maqbul buat seluruh jemaah haji kita di Tanah Suci dan selamat buat semua yang bakal menunaikan ibadah korban


"Hari Raya Aidiladha adalah waktu untuk kita memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan kesepaduan masyarakat.


"Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang diajar kepada kita menerusi Aidiladha membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT," katanya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.


Beliau akan merayakan Aidiladha bersama warga Hang Tuah Jaya hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page