top of page

Kukuhkan KEADILAN di Pantai Timur, kemaskan gerak kerja - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 13
  • 1 min read
DS Anwar usai bermesyuarat dengan pemimpin KEADILAN Kelantan, Terengganu dan Pahang
DS Anwar usai bermesyuarat dengan pemimpin KEADILAN Kelantan, Terengganu dan Pahang

Oleh: Azuan Ab Rahman


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya kesatuan dalam kalangan pimpinan dan akar umbi parti terus diperkukuh bagi memastikan agenda reformasi dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dalam kerangka Malaysia MADANI.


Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Anwar memaklumkan pesanan itu disampaikan ketika bertemu dengan pimpinan KEADILAN Terengganu, Kelantan dan Pahang dalam satu pertemuan petang semalam.


"Bersama barisan pejuang akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti, saya menitipkan pesanan agar kita terus memperkukuh kesatuan, memperkemas gerak kerja dan merangkul kekuatan bersama demi mendepani cabaran perjuangan yang menuntut iltizam tinggi serta keikhlasan untuk berkhidmat," katanya.


Menerusi hantaran itu, Anwar turut menyatakan keyakinannya bahawa dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, KEADILAN di Pantai Timur mampu memainkan peranan besar dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta menjayakan agenda reformasi demi agama, bangsa dan tanah air.


Terdahulu, media melaporkan Anwar meluangkan masa hampir satu jam bertemu pemimpin dan ahli parti dalam satu Seminar Pemantapan Organisasi.


Pertemuan yang disusuli mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri itu yang turut dihadiri Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh; Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek; serta Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Munim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page