top of page

Kukuhkan jentera, tingkat gerak kerja menjelang PRU 16 - KEADILAN Johor



KEADILAN Johor akan meningkatkan gerak kerja dan strategi menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 kira kira tiga tahun lagi.


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan MPN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh kelmarin itu telah bersetuju untuk menggerakkan parti lebih aktif serta melaksanakan program menurut kerangka kerja KEADILAN Menang Siri PRU ke-16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Operasi Parti 25 Tahun (POP25), sebagaimana arahan parti di peringkat pusat.


"KEADILAN merancang untuk tumpu ke kawasan-kawasan yang strategik untuk ditandingi menjelang PRU16. Justeru itu, setiap cabang di Johor disaran untuk memainkan peranan yang proaktif dengan menggerakkan jentera dengan lebih aktif di setiap peringkat sebagai langkah awal persediaan untuk hadapi pilihanraya.


"Mesyuarat juga memberi mandat kepada tujuh Ahli Parlimen KEADILAN Johor untuk membantu menggerak dan memperkasakan 26 cabang seluruh Johor melalui perancangan program, latihan dan pelaksanaan program yang berimpak tinggi," kata kenyataan berkenaan.


Dalam pada itu, KEADILAN Johor turut akan menggiatkan penubuhan ranting baharu di semua cabang bagi tujuan memperkemaskan organisasi dan mobilisasi anggota secara sistematik.


"Suara rakyat bangsa Johor juga akan diangkat secara lebih berkesan melalui pengukuhan dan pelaksanaan dasar Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat dan negeri Johor," kata kenyataan itu lagi.


Selain itu, KEADILAN Johor menzahirkan komitmen untuk terus menjadi jurucakap rakyat Johor, di samping kekal teguh mendokong Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page