top of page

Kukuhkan asas ekonomi Malaysia hadapi cabaran ekonomi global - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7
  • 1 min read

ree

Ekonomi global yang bergerak ke arah tidak menentu akibat tarif tinggi dalam perang dagang yang dicetuskan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuntut Malaysia untuk lebih bersiap siaga mempelbagaikan pasaran dan mengukuhkan ekonomi domestik.


Hal itu ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Purtajaya hari ini.


"Perubahan marcapada dari segi teknologi dan geopolitik termasuk pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat, menuntut kita semua untuk bersiap siaga dari segi asas ekonomi agar lebih diperkukuh selain pemikiran yang lebih bijaksana dan cekal demi mencapai kemajuan yang lestari," katanya.


Selain itu, PM turut menyentuh isu pentadbiran dan masih banyak perkara yang memerlukan perhatian antaranya kecuaian, ketirisan dan gejala rasuah dalam pelbagai bidang yang harus diperbaiki dengan segera.


[lanjut menyusul]

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page