top of page

Kukuh tadbir urus KEADILAN: Format nombor anggota diselaraskan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 10
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus berusaha memperkukuh tadbir urus parti bagi memudahkan urusan keanggotaan secara digital supaya lebih sistematik.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menerusi satu notis rasmi semalam mengumumkan penyelarasan format nombor anggota parti bagi tujuan penyeragaman dan pemantapan rekod keanggotaan di seluruh negara.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bilangan 3/2025 jelasnya telah meluluskan format baharu nombor anggota yang disusun mengikut urutan Kod Negeri/Kod Parlimen/6 digit nombor anggota.


"Nombor anggota yang baharu telah dikemaskini dalam Aplikasi ADIL dan semua anggota boleh menyemaknya melalui aplikasi berkenaan. Sehubungan itu, anggota parti diminta menggunakan format nombor baharu tersebut bagi semua urusan rasmi parti mulai sekarang," katanya menerusi notis berkenaan.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Fuziah memaklumkan bahawa parti itu turut memperkenalkan kemudahan kad digital anggota yang boleh diakses melalui Aplikasi ADIL di bahagian profil pengguna yang dilengkapi Kod QR unik bagi setiap anggota yang akan digunakan untuk pendaftaran kehadiran dalam program dan aktiviti parti.


"Maklumat lanjut berkaitan penggunaan kad keanggotaan digital ini boleh dirujuk melalui laporan ‘Kad Keanggotaan Digital’ yang disiarkan dalam ruangan Berita di Aplikasi ADIL," menurut kenyataan itu.


Selain itu tambahan, maklumat nombor anggota serta tempoh sah yuran keanggotaan turut dipaparkan pada kad digital berkenaan. Bagi anggota yang masih belum menjelaskan yuran keanggotaan, pembayaran boleh dibuat terus melalui Aplikasi ADIL bermula 25 Januari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page