top of page

Kukuh semangat kerjasama PH - BN di jamuan Aidilfitri Kemaman



Kerjasama di antara Pakatan Harapan dan BN diperkukuhkan dalam jamuan Aidilfitri KEADILAN Kemaman, Terengganu baru baru ini.


Menurut kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman, majlis yang diadakan di Pejabat KEADILAN Kemaman itu dihadiri oleh Ketua Perhubungan UMNO Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said beserta kepimpinan Wanita dan Puteri UMNO sebagai menterjemahkan hubungan kerjasama antara kedua dua belah pihak.


"Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pegawai khas kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Amir Hamzah dan juga Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Hanyan Ramlan, juga pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga tua.


"Ini membuktikan bahawa kerjasama parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan diterima baik di peringkat akar umbi di Kemaman," kata kenyataan tersebut.


KEADILAN Kemaman, kata kenyataan itu lagi, akan terus mengorak langkah mengukuhkan hubungan di antara parti-parti di dalam kerajaan bagi mendokong aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merealisasikan Malaysia Madani.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page