top of page

Wajibkan bawa pulang hasil eksport tukar ke matawang tempatan



Kejatuhan nilai ringgit yang seruis akibat pengukuhan matawang dolar Amerika Syarikat (AS) perlu ditangani dengan mengimplementasikan beberapa peraturan baharu yang difikirkan sesuai.


Ahli Parlimen Rodziah Ismail (PH - Ampang) berkata, meskipun kenaikan dolar akibat kenaikan berterusan kadar faedah di AS namun perlu ada usaha dalam negara untuk menambah rizab ringgit sekali gus meningkatkan nilainya.


Oleh itu, beliau mencadangkan pengeksport terdiri daripada agensi kerajaan seharusnya menukarkan keuntungan yang mereka perolehi ke dalam ringgit untuk mengukuhkan matawang negara.


"Kerajaan perlu mewajibkan semua pengeksport dan pelabur berwarganegara Malaysia, bermula dengan GLIC dan GLC untuk membawa pulang (repatriate) sepenuhnya hasil eksport dan pelaburan mereka di luar negara, serta menukarkan kepada ringgit dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh penerimaan pembayaran.


"Kerajaan juga harus memeterai lebih banyak ’perjanjian dedolarisasi’ yakni menggunapakai mata wang tempatan untuk

menyempurnakan transaksi dagangan, malah pelaburan dengan rakan ekonomi utama seperti mana yang telah dipersetujui setakat ini dengan China, Indonesia dan Thailand," katanya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.


Selain itu, Rodziah berkata, sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama tukaran wang asing negara perlu dilipatgandakan dengan menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.


"Kita perlu mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan pilihan utama dunia dalam kalangan, "long-staying and high-spending foreign tourists", terutama bagi segmen-segmen khusus seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan gastronomi, pelancongan sukan, pelancongan sejarah dan warisan, pelancongan seni dan budaya termasuk perfileman dan industri kreatif, dan sebagainya


"Juga Tahun Melawat Negeri Melaka, Perak dan Perlis 2024 serta Tahun Melawat Selangor 2025 bakal menjadi pelopor kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran 26.1 juta pelancong asing dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM97.6 bilion," katanya.


Rodziah juga menyarankan agar semua bahan makanan yang boleh dikeluarkan dan sesuai dengan ikim Malaysia ditanam secara besar besaran untuk mengurangkan import bahan makanan yang berpuluh bilion ringgit setahun dan urusniaganya dibuat dalam dolar.


Selain itu, Rodziah juga membangkitkan isu bencana alam yang semakin kerap melanda negara menyebabkan berlaku tanah runtuh dan sebagainya di kawasan beliau.


Katanya, peruntukan sebanyak RM563 juta, khusus buat pengurusan cerun termasuk aktiviti-aktiviti pemantauan, pencegahan, pelaporan dan amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun berisiko tinggi perlu dilakukan secara berterusan terutama di kawasan Ampang yang terdapat 95 cerun di bawah kategori “Sangat Bahaya” dan “Bahaya” yakni 56 di DUN Bukit Antarabangsa dan 39 di DUN Lembah Jaya.


Manakala dana dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) perlu terus-menerus diperuntukkan saban tahun dan bukannya bersifat “one-off”.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page