top of page

Kukuh ekonomi MADANI, Belanjawan 2026 dibentang di Parlimen Oktober ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Perpaduan akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).


Kementerian itu menerusi kenyataan prabelanjawan yang dikeluarkan memaklumkan, Belanjawan 2026 dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.


Merupakan siri keempat belanjawan MADANI, ia juga merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026–2030.

"Belanjawan kali ini akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat, serta memacu pembaharuan terutamanya dalam aspek tadbir urus.


"Berdepan ketidaktentuan global dan peningkatan persaingan, tumpuan belanjawan akan terarah kepada penyampaian agenda ekonomi Malaysia jangka panjang, di samping menangani cabaran jangka pendek bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi.


"Pada masa sama, usaha akan diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi bantuan lebih bersasar berteraskan keberhasilan untuk menambah baik kualiti hidup," menurut kenyataan itu.


MOF turut menegaskan, Belanjawan 2026 akan menggunakan pendekatan berasaskan akar umbi dan berorientasikan rakyat -- meletakkan keperluan komuniti sebagai nadi dasar awam.


Bagi tujuan itu, kerajaan akan mendapatkan maklum balas secara aktif daripada rakyat, sektor perniagaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan dasar nasional selari dengan realiti semasa.


"Kementerian akan menyelaras sesi libat urus menyeluruh untuk mendapatkan input. Kerajaan komited untuk menterjemahkan input yang diterima ke dalam Belanjawan 2026

"Orang awam boleh mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai Belanjawan 2026 melalui portal rasmi di https://belanjawan.mof.gov.my," tambah kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page