top of page

Kuil setuju berpindah, kerajaan kenal pasti tapak baharu - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25
  • 2 min read


Kerajaan telah mengenal pasti satu tapak baharu terletak berhampiran lokasi asal bagi membolehkan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman yang menjadi kontroversi dipindahkan ke kawasan tersebut.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu telah dipersetujui oleh pihak pengurusan kuil tersebut hasil rundingan yang telah dijalankan.


"Tapak baharu ini berkeluasan 4,000 kaki persegi, setara dengan saiz kuil yang sedia ada.

"Tapak ini adalah merupakan sebahagian daripada Lot PT 95, Seksyen 40, Mukim Bandar Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sebelum ini tercetus kontroversi membabitkan kuil tersebut apabila tapak binaannya yang terletak di atas lot tanah yang telah dibeli oleh syarikat Jakel berdepan tindakan diroboh bagi memberi laluan kepada pembinaan Masjid MADANI.


Projek pembinaan masjid itu merupakan salah satu wasiat oleh pengasas syarikat tekstil itu.


Zaliha berkata pembangunan tapak baru ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat pembangunan yang berkuat kuasa.


"Kerajaan juga mengulangi jaminan bahawa tiada sebarang perobohan akan dilakukan ke atas struktur kuil sedia ada.


"Kuil tersebut akan terus dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa sehingga proses penempatan semula selesai sepenuhnya dalam suasana harmoni," ujarnya.


Bagaimanapun tegas beliau, penyelesaian tersebut hanya melibatkan kes berkaitan kuil itu sahaja dan ia tidak boleh dijadikan kes rujukan (precedent case) bagi rumah ibadat lain.


"Setiap isu melibatkan rumah ibadat akan dinilai secara individu berdasarkan garis panduan, kedudukan tanah dan peraturan yang berkuat kuasa," ujarnya.


Zaliha mengingatkan bahawa semua pembinaan rumah ibadat baharu perlu mematuhi semua garis panduan serta peraturan sedia ada bagi menjamin keharmonian dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan.


Dalam hal ini katanya kerajaan menyeru semua pihak termasuk pemimpin dan masyarakat agar tidak memanipulasikan isu ini dengan memainkan sentimen perkauman dan

keagamaan.


"Polemik ini harus dihentikan segera. Marilah kita semua terus memelihara keharmonian dan keamanan yang telah sekian lama menjadi asas kekuatan negara.


"Kerajaan sentiasa menghormati hak dan kepercayaan semua penganut agama, dalam masa yang sama memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat adil, inklusif serta mengutamakan kepentingan bersama," kata beliau.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page