Kuih Bulan Reformasi pupuk semangat muhibah antara kaum



Kuih Bulan Reformasi merupakan produk KEADILAN sejak dua dekad lalu bukan sahaja dikongsi bersama etnik Tionghua tetapi kini menjadi simbol muhibah antara kaum dengan pengagihan kuih tersebut kepada pelbagai kaum.


Menjelang ketibaan perayaan, KEADILAN Wilayah Persekutuan sejak bertahun lalu telah mengagihkan kuih berkenaan kepada masyarakat setempat.


Salah satu tumpuan agihan KEADILAN Wangsa Maju kali ini adalah di Bandar Tun Razak.


Naib Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Paderi Prince Jon kelmarin mengagihkan kuih bulan kepada masyarakat di PPR Sri Pulau Pinang dan Jalan Ikan Emas.


Bagi Pastor Jon, ini merupakan kali pertama beliau menjalankan aktiviti seperti itu setelah memenangi pemilihan Cabang.


"Program melibatkan masyarakat majmuk sebegini memupuk keharmonian dan perpaduan. Sekiranya dahulu saya menyambut bersama kawan-kawan Cina saya, kini saya menyambut bersama semua lapisan masyarakat," katanya ditemui dalam program edaran kuih bulan di Pasar Ikan Emas.


Selain Pastor Jon, Ketua cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai turut menganjurkan aktiviti sama di Parlimen Wangsa Maju.

Andre (kanan) mengagihkan kuih bulan

Andre menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina terus mendekati masyarakat majmuk dalam konteks KEADILAN untuk semua.


Katanya, kuih bulan mempunyai makna yang mendalam, menghampiri perjuangan Reformasi dan sangat sesuai untuk menyampaikan mesej parti.


"Cerita regim dinasti yang kejam dapat diguilingkan dengan menggunakan kuih bulan sebagai perantara maklumat. Mesej ini dapat memberi motivasi, bahawa KEADILAN juga mampu mencetuskan 'revolusi' dalam memartabatkan agenda reformasi seperti mana logo KEADILAN memenangi PRU14 lalu," katanya.


Menurut Andre, sepanjang bulan September, beliau telah bergerak bersama ahli-ahli Cabang ke kawasan tradisi tumpuan masyarakat Cina seperti Pasar pagi Seksyen 2 dan Teratai Mewah.


KEADILAN Wangsa Maju juga mengagih Kuih Bulan Reformasi kepada masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang dan Kampung Sungai Merali, satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara masyarakat majmuk setempat.


KEADILAN menetapkan kuih bulan Reformasi sebagai aktiviti tahunan. Setiap tahun, pemimpin-pemimpin Cina KEADILAN menjalankan penjualan kuih bulan seawal 3 minggu sebelum perayaan Kuih Bulan. Tahun ini, perayaan jatuh pada 10 September 2022.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER