top of page

Kuih bulan kumpul dana pilihan raya KEADILAN, semarakkan mesej menentang kezaliman



Perayaan Kuih Bulan yang disambut masyarakat Cina pada tahun ini dianggap yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Oleh itu, menurut Bendahari Agung KEADILAN, William Leong Jee Keen, parti mengambil kesempatan semangat perayaan kuih bulan yang dekat kepada perjuangan menentang kezaliman untuk menyampaikan mesej agar rakyat meneruskan perjuangan menuntut keadilan dan mengembalikan Pakatan Harapan (PH) memerintah di Putrajaya.


"KEADILAN melancarkan kuih bulan rakyat. Beberapa tahun sebelum ini sudah menjadi tradisi KEADILAN mengedar dan menjual kuih bulan.


"Perayaan Kuih Bulan sungguh bermakna kepada kaum Cina tetapi juga ada makna kepada anggota KEADILAN kerana mesej yang sama. Ini tradisi di China di bawah dinasti Yuan yang zalim, rakyat bangkit menentang kezaliman. Ini juga perkara yang penuh di dalam hati anggota kita, menentang kezaliman


"Kedua ialah komunikasi, (menjatuhkan Dinasti Yuan) menggunakan mesej di dalam kuih bulan untuk disebarkan kepada rakyat, dan ini juga perkara yang sungguh penting kepada kita anggota KEADILAN dan pembangkang yang selama ini tidak sampai mesej kepada rakyat.


"Kita menghadapi banyak halangan sampai hari ini. Sebab itu jadi tradisi kepada kita memberikan peringatan kepada rakyat pentingnya mereka bangkit menentang kezaliman," katanya dalam sidang media Pelancaran Kuih Bulan Reformasi di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, semalam.


Tegas Ahli Parlimen Selayang itu, biar pun bekas Perdana Menteri yang menggelapkan dana SRC International, Najib Razak telah dipenjarakan namun perjuangan menentang kezaliman perlu diteruskan selagi mana parti yang memerintah masih diragui ketelusannya.


Beliau juga melihat demokrasi masih terkebelakang di bawah Kerajaan BN - PN ketika ini apabila Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor dilaksanakan dengan cara yang menekan pembangkang.


William juga memberi pesanan kepada generasi Undi 18 dan Undi 21 bahawa hak untuk mengundi yang diberikan kepada mereka telah dipejuangkan oleh gerakan Reformasi sejak 1998, dan mereka seharusnya menghargai hak berkenaan dengan keluar mengundi memilih kerajaan yang bertanggungjawab.


"Malangnya rakyat umur 18 tahun dan lebih tidak melihat ini satu perkara yang penting dan ini sungguh mengecewakan bila sekarang diberikan hak mengundi tanpa daftar, mereka enggan keluar. Kita ingatan mereka hak mengundi ini sungguh penting," katanya.


Justeru, bagi mengumpul dana pilihan raya KEADILAN, William melancarkan jualan kuih bulan dengan harga RM8.50 sekotak bagi mencari sumber kewangan mencukupi menggerakkan jentera pilihan raya.


"Satu kotak RM8.50 dan saya harap semua orang dapat membeli, sebagai Bendahari Agung penting kita dapat cukup dana untuk PRU ini. Saya merayu untuk membeli kuih bulan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page