top of page

'Kuih bulan bukan sahaja juadah tetapi semangat lawan penindasan'



Pesta tanglung dengan juadah kuih bulan yang dirayakan pada 1 haribulan 8 dalam kalendar lunar masyarakat Cina bermula semalam memberi erti yang besar kepada perjuangan KEADILAN.


Menurut Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, kuih bulan merupakan simbol penentangan bangsa Cina terhadap penjajahan Mongol, juga telah menjadi simbol perjuangan KEADILAN sejak 23 tahun lalu dalam melawan penidasan rejim BN dan kini Perikatan Nasional.


"Kita raikan kuih bulan, bukan sahaja kuih bulan satu jadah tetapi satu semangat yang kita bawa dari zaman dulu tetapi kita ubahsuaikan dalam suasana sekarang.


"Dulu Mongol menindas teruk sampai orang Cina mencari jalan mengembeling tenaga dan semangat lawan ketidakadilan.


"Kita masa 1998, ini yang berlaku. Kita bangun tanpa dibayar tetapi dengan semangat menjalankan perjuangan murni, iaitu mempertahankan keadilan," katanya dalam majlis pelancaran jualan kuih bukan KEADILAN, semalam.

Dr Wan Azizah mempamerkan kuih bulan KEADILAN

Kuih bulan, tambah Dr Wan Azizah, mempunyai nilai nostalgia mendalam kepada KEADILAN kerana parti telah mula menjualnya untuk mengumpulkan dana seawal era Reformasi.


Tambah beliau, pesta perayaan tanglung juga memberi makna rakyat perlu kreatif untuk menghadapi suasana sekitar, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid 19.


"Kita sebagai parti mesti teruskan. Semangat mesti ada. Saya bawa cerita kisah tanglung. Apabila seorang anak dara nak dijadikan menantu, mak mertua dia tanya pandai tak pandai.


"Dia (mak mertua) nak api dalam kertas. Macam mana ada api dalam kertas, kertas akan terbakar. Inilah konsep tanglung. Menunjukkan bahawa wanita itu pintar. Ini perlu kita fikirkan, wanita berfikiran out of box, kita fikir sekarang ada masalah dan suasana berlainan dari lain.


"Kita tidak pernah terfikir ada pandemik skala sedunia, jadi bagaimana kita nak menanganinya? Kita kena fikir bagaimana kita mahu bangkit semula.


"Begitu juga parti kita pelbagai kaum dan berbilang bangsa. Kita percaya masuk parti ini untuk menegakkan keharmonian. Ini (kuih bulan) adalah pelancaran yang penting, dapatkan dana. Tolong kita sesama kita," katanya, seraya melancarkan jualan kuih bulan pada tahun ini.


Sebelum itu, Timbalan Bendahari Agung KEADILAN, June Leow berkata, jualan kuih bulan pada tahun ini amat besar ertinya kerana hasil perolehan akan dimasukkan ke dalam tabung intek KEADILAN yang akan menyumbang dana kepada Cabang-cabang bagi menjalankan aktiviti parti sepanjang tahun.


"Dalam perayaan tanglung tidak ketinggalan kuih bulan, satu-satunya kuih tradisi untuk kita menyambut perayaan tanglung. Pada tahun ini KEADILAN menyediakan bungkusan yang lain. Tema untuk tahun ini adalah kerharmonian dan perpaduan.


"Kuih bulan ada dua perisa, lotus dan kacang merah. Saban tahun KEADILAN jual kuih bulan. Hasil jualan itu kita masuk ke geran intek KEADILAN.


"Geran itu dilancarkan pada awal tahun ini yang diuruskan oleh bendahari pusat. Kita sediakan RM20,000 kepada akar umbi untuk Cabang seluruh negara mengadakan program kebajikan dan kemasyarakatan. Khusus menyantuni kawasan kuar bandar dan pedalaman.


"Mudah-mudahan dengan pelancaran hari ini dapat kita kumpulkan dana meneruskan agenda reformasi," katanya.


Majlis perasmian itu juga turut dihadiri Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, Rozana Zainal Abidin dan ADN Sentosa, Dr Gunaraj George.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page