Kuatkuasa pindaan Perlembagaan anak lahir luar negara jamin hak kanak kanak


Pelaksanaan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun lalu merupakan satu langkah penting ke arah memastikan ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara, diberikan hak yang lebih saksama dalam urusan kewarganegaraan anak mereka.
Exco Wanita KEADILAN Pusat, J Karen Kasturi (gambar) yang menyambut baik langkah itu berkata, sebelum ini anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia tidak menikmati hak yang sama seperti anak kepada lelaki warganegara Malaysia.
Oleh itu ujarnya, pelaksanaan pindaan itu membetulkan ketidakseimbangan yang telah lama wujud dan mengiktiraf peranan ibu sebagai warganegara yang mempunyai hak serta tanggungjawab yang setara dalam menentukan masa depan anak-anak mereka.
"Lebih daripada sekadar status perundangan, kewarganegaraan memberikan seseorang anak identiti, perlindungan dan akses kepada pendidikan, peluang serta masa depan yang lebih terjamin.
"Reformasi ini bukan sahaja memperkukuh institusi keluarga malah membantu membina generasi Malaysia yang lebih yakin, berdaya saing dan berdaya tahan.
"Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memperjuangkan isu ini selama bertahun-tahun, termasuk keluarga yang terkesan, pertubuhan masyarakat sivil, aktivis hak wanita, ahli-ahli Parlimen serta pelbagai pihak berkepentingan yang tidak pernah berputus asa dalam menuntut keadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas komitmen dan kepimpinan dalam merealisasikan pindaan penting itu demi manfaat rakyat.
Karen yang juga Timbalan Bendahari Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat berharap pelaksanaan pindaan itu akan terus memperkukuh prinsip keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman dalam negara dan menjadi bukti bahawa reformasi berpaksikan rakyat mampu membawa perubahan bermakna kepada kehidupan masyarakat.




Arsenal need that ruthless edge Walcott’s talking about, but team chemistry matters just as much as individual quality. It’s why co-op games like Dear Passengers intrigue me—success depends on everyone syncing under pressure. Hopefully Arteta finds that same balance before the window closes.
Bei der Personalentwicklung geht es oft darum, Bilder und Profile konsistent zu gestalten. Da fand ich StickerFaster spannend: Ein foto to Sticker StickerFaster erzeugt direkt ein 4×3-Blatt mit zwölf KI-Stickern inklusive Prüfung und Zuschnitt. Für Teams, die einheitliche Motive brauchen, spart das im Recruiting-Prozess echt Zeit.
Pelaksanaan pindaan perlembagaan ini sememangnya satu langkah yang amat bermakna dan adil dalam menjamin hak kanak-kanak serta menghargai peranan ibu-ibu Malaysia di luar negara. Bila selesai membaca berita perundangan dan sosial yang penting seperti ini, atau bila nak rehatkan fikiran sekejap selepas kerja, saya biasanya suka melawat minigame untuk main permainan santai. Sangat memudahkan sebab percuma dan boleh terus main di browser tanpa perlu muat turun apa-apa. Terima kasih atas perkongsian berita yang positif ini!
Bài viết rất thực tế về quy trình thi công cách nhiệt. Nhân tiện, nếu bạn cần kiểm tra màn hình laptop sau khi làm việc căng thẳng, có thể dùng tính năng dead pixels black screen để phát hiện lỗi điểm chết, giúp đảm bảo thiết bị luôn ổn định. Cảm ơn tác giả đã chia sẻ kinh nghiệm hữu ích!
This raises an important point about protecting children's rights through constitutional change. Beyond legal reforms, public awareness matters too. I sometimes use a vocal remover online to create instrumental versions of advocacy songs for community events. Clear laws plus grassroots engagement can help ensure every child born abroad receives the protection they deserve.