top of page

Kuatkan semangat, bersatu lawan wabak COVID-19 - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan semua peraturan sedia ada dalam memerangi wabak COVID-19.


Presiden KEADILAN itu berpandangan hanya dengan pematuhan berterusan dan menyeluruh dapat membantu petugas barisan hadapan mengekang wabak COVID-19 daripada terus berleluasa.


"Situasi semasa pandemik COVID-19 ternyata membimbangkan. Saya amat berharap dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan tingkatkan disiplin serta amalan kebersihan.


"Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan sedari awal. Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini," katanya.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut meluahkan rasa simpatinya terhadap rakyat yang kehilangan ahli keluarga kerana menjadi mangsa korban COVID-19.


"Saya terkesan dengan mangsa korban COVID-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun. Ini sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir.


"Takziah saya kepada keluarga semua mangsa korban COVID-19. Saya berharap kita akan terus kuat semangat dan bersatu melawan wabak ini," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page