top of page

Hari Pekerja: Kuatkan kesatuan sekerja, pastikan hak dipertahankan - Anwar


Suasana pekerjaan dalam suasana pendemik Covid 19 dan kemelesetan ekonomi amat mencabar golongan pekerja di Malaysia.


Dalam perutusan sempena Hari Pekerja hari ini, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar pekerja bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku dengan daya juang dan kesabaran yang tinggi.


Beliau turut meningatkan, dalam situasi getir pekerja perlu bersatu dalam mempertahankan hak serta kepentingan mereka.


"Selalunya elit politik atasan itu melihat kepentingan golongan atasan. Sebab itu saya gesa rakan-rakan untuk kuatkan kesatuan pekerja, pastikan hak itu dipertahankan, jalur rundingan diteruskan dengan mengemukakan pimpinan yang tegas dan cukup bertanggungjawab dan tidak akan tunduk kepada tekanan.


"Mudah-mudahan Allah akan selamatkan kita dan beri ruang yang lebih terjamin kepada rakyat," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan bahawa kemelut yang dihadapi negara ketika ini bukan sahaja akibat pandemik Covid 19 yang dihadapi seluruh dunia, namun sebahagiannya berpunca daripada kelemahan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak punya keabsahan serta tidak punya dasar pentadbiran yang jelas.


Justeru, katanya, ekonomi semasa terdorong buruk dan pengangguran meningkat dalam 2 tahun kebelakangan ini.


"Kita lihat umpamanya, kita sambut hari pekerja hari ini agak sedih sebab ramai rakan-rakan kita yang bekerja 2 tahun lalu, sekarang sudah jadi penganggur.


"Jumlah penganggur dicatat mencecah hampir 800,000. Penganguran di kalangan graduan 70,000.


"Yang bekerja sambilan diberikan cuti tanpa ganjaran kerana pimpinan (kerajaan) itu kurang kepekaan untuk melihat kepentingan rakyat di bawah," katanya lagi.


Anwar menyarankan agar pekerja terus bersatu dalam mengharungi cabaran ekonomi dan wabak, sepanjang tahun ini serta berdoa supaya cabaran itu segera berakhir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page