
Rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini diseru untuk kuatkan semangat kesatuan, mengangkat martabat diri dan negara sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam klip video perutusan hari raya beliau dengan bertemakan makanan kegemaran masyarakat Melayu, lemang yang beliau beli daripada sebuah gerai.
"Mari kita kuatkan semangat kesatuan rakyat Malaysia. Mari kita bangunkan negara, menyelamatkan negara dan memulakan diri kita setelah Ramadan karem.
"Kita membersihkan diri, jiwa kita supaya mengangkat martabat kita, masyarakat, negara kita sebagai satu kesatuan.
"Sempena sambutan ini yang diraikan oleh umat Islam di negara kita dan di seluruh dunia, saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam klip berdurasi 2 minit 36 saat itu.
Umat Islam dijangka akan menyambut 1 Syawal pada esok hari sekiranya anak bulan Syawal kelihatan, sekiranya tidak maka Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu ini.
Comments