top of page

Kuasa besar kagumi M'sia, pembangkang bebal perlekeh usaha PMX - Kamil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kejayaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding mengenai gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja kini dikagumi kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China.


Namun Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) kesal tatkala dunia mengiktiraf peranan Malaysia khususnya PM Anwar sebagai peneraju dan arkitek keamanan serantau, masih ada segelintir pihak memilih untuk memperlekeh dan mempertikai usaha murni itu.


''Ironinya, yang memperlekeh bukan orang luar, tetapi pembangkang di tanah air sendiri yang nampaknya lebih rela melihat kegagalan daripada mengiktiraf kejayaan yang membanggakan negara.

ree

''Saya ingin tegaskan bahawa usaha ini bukan soal parti atau politik individu. Ini soal maruah negara. Ini soal peranan Malaysia sebagai pemimpin yang disegani di rantau ini.


''Dunia menyambut baik usaha ini dari Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, sehinggalah ke seluruh komuniti ASEAN tetapi pembangkang kita pula memilih untuk menjadi sinis dan pesimis.


''Mereka lupa semasa berkuasa, tiada satu pun kejayaan diplomatik seumpama dan sebesar ini berjaya digerakkan untuk dicapai.


''Kini, apabila Malaysia di bawah Kerajaan MADANI berdiri megah menegak serta melakar diplomasi di persada antarabangsa dan memain peranan aktif menyelesaikan pertelagahan, pembangkang memilih untuk menyemai kebencian dan dendam kesumat,'' tempelak beliau dalam satu muat naik di platform X.


Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, menegaskan politik sempit sebagaimana terpapar dalam muat naik Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di media sosial yang sinis terhadap rundingan damai itu dengan paparan karikatur monyet, kambing dan biri biri haruslah ditolak.


Malah katanya, suara-suara sumbang seperti itu tidak boleh dibenarkan terus-menerus menjadi liabiliti kepada nama baik negara.


''Tindakan mereka jelas tidak patriotik dan memalukan negara. Tuntutan Islam yang sepatutnya meraikan pendamaian, disanggah dengan kebencian politik yang membuak. Ini jauh menyimpang dari ajaran dan tuntutan Islam.


''Tapi akan terus maju. Malaysia akan terus melangkah. Kita akan terus menjulang nama Malaysia dengan diplomasi, bukan dengan retorik kosong. Kita percaya pada penyelesaian yang berasaskan kemanusiaan, bukan kebencian,'' katanya.


Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja.


''Malaysia sama sekali tidak akan mempertahankan tindakan gopoh dan bebal mereka yang tidak ada secebis rasa hormat pada negara lain, apatah lagi negara jiran.


''Pastinya kita juga tidak bersetuju sekiranya negara tercinta ini dihambur kenyataan biadab yang serupa,'' bidas beliau lagi.


Terdahulu, Ahmad Fadhli dilaporkan bertindak memadam hantaran memaparkan karikatur tentang monyet, kambing dan biri-biri selepas Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat.


Hantaran dimuat naik itu Ketua Penerangan Pas Pusat itu memaparkan monyet bertindak sebagai hakim manakala kambing dan biri-biri sedang berebutkan pisang.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page