Kuarantin kendiri: Menteri wajar tunjuk contoh tauladan, diikuti bawahan



Sebaik sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) disahkan positif Covid 19 seharusnya menteri-menteri lain yang menjadi kontak rapat beliau melakukan kuarantin kendiri setelah melakukan ujian swab.


Menurt Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, hal itu sangat penting dilakukan menteri-menteri kabinet kerana ia akan menjadi ikutan para penjawat awam.


"Saya menggesa semua menteri yang telah bertemu dengan Tok Pa semasa mesyuarat kabinet dan urusan lain yang berkaitan dengan kerajaan untuk melakukan kuarantin kendiri kerana telah berhubung secara langsung dengan beliau.


"Pada masa pandemik, kepemimpinan menjadi contoh penting. Menteri harus memberikan contoh baik dengan menghentikan semua mesyuarat awam atau swasta (sekiranya menjadi kontak rapat) dengan segera dan kuarantin di rumah sehingga arahan selanjutnya oleh KKM," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Sim lagi, virus Covid boleh menjangkiti sesiapa sahaja dari menteri hingga petani. Oleh itu, penting untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kepada Mustapa, Sim berdoa agar menteri tersebut segera sembuh.


"Menteri Tok Pa adalah orang yang baik hati. Saya sedih mendengar bahawa dia dijangkiti Covid-19. Saya doakan Tok Pa cepat sembuh," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER