top of page

Kualiti pendidikan Malaysia berada pada level tersendiri - Fadhlina

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 12, 2023
1 min read


Oleh: Noraini Nordin


Berkongsi pengalaman ketika menghadiri Sidang UNESCO di Paris baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, kualiti pendidikan di negara ini tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain.


Katanya, berpeluang melawat beberapa institusi pendidikan di sana menunjukkan apa yang dicapai di Malaysia tidak terlalu jauh dengan mereka.


"Cuma apa yang perlu ialah memberi beberapa inisiatif baru, penumpuan dan kebitaraan untuk menaikkan lagi taraf pendidikan sedia ada," ujarnya.


Bercakap sekembalinya ke tanahair selepas menghadiri Sidang UNESCO itu, Fadhlina menambah, beliau juga sempat melihat aspek pendidikan keperluan khas yang mana negara kita turut mahu mengangkatnya dengan memberi tumpuan berkaitan infrastruktur dan hala tuju.


"Begitu juga dengan TVET, di mana Malaysia sudah pun ada level yang tersendiri, cuma perlukan sedikit kebitaraan lagi untuk mengangkat kedudukannya.


"Tidak terkecuali berkenaan latihan guru yang penggunaan digitalnya menarik untuk dilihat bagi meningkatkan lagi penguasaan serta kemahiran mereka," ujar beliau.

Penulis menemubual Fadhlina Sidek yang kembali ke tanah air malam tadi dari persidangan UNESCO di Paris

Seterusnya Fadhlina memaklumkan tentang STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan aspek budaya serta tapak warisan yang menjadi perhatian di Sidang UNESCO tersebut.


"Ia memang menjadi perhatian dan selari dengan matlamat kita mahu ia diselarikan dengan pendidikan," kata beliau lagi.


Beliau berkata demikian sekembalinya ke tanah air malam tadi selepas menghadiri Sidang UNESCO itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page