top of page

Kuala Lumpur bakal jadi hub syarikat pemula, industri digital serantau



Malaysia memerlukan enjin penggerakan baharu pertumbuhan ekonomi untuk kembali menjadi Harimau Asia.


Sehubungan itu Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berazam untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub syarikat pemula atau startup berasaskan teknologi digital.


Katanya, Kerajaan Perpaduan tidak boleh meneruskan apa yang sedia ada untuk melonjakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi digital di rantau Asia.


"Sementara industri sedia ada perlu terus diberikan nilai tambah, saya juga sebelum ini banyak kali menyentuh dan menyatakan rancangan untuk tiga sektor strategik seterusnya yang perlu diberikan tumpuan, iaitu peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.


"Fokus seterusnya adalah ekonomi digital. Saya dan pasukan Kementerian Ekonomi pada waktu ini sedang bekerjasama untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara," kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.


Untuk mencapai tujuan itu, beliau berkata kerajaan perlu menumpukan kepada dua perkara, iaitu menyelaraskan sistem sokongan awam ke arah pendekatan bersepadu (single window approach) bagi menambahbaik ekosistem digital yang lebih berkesan. Juga memulakan pembangunan konsep dan penyelarasan fungsi ke arah pelaksanaan kerajaan digital (govtech) yang menghasilkan produk-produk perkhidmatan awam berasaskan data serta digital secara bersepadu (single window’s govtech).


"Bagi menjayakan hasrat ini, Kuala Lumpur mesti dijadikan dan ditingkatkan daya tarikan sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital rantau ini.


"Dengan Kuala Lumpur sebagai hub startup dan digital serantau, kita sudah pasti mampu menarik lebih banyak pelaburan dan seterusnya menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada rakyat," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga membawakan sedikit pengalamannya berdialog dengan pembangun hub syarikat pemula atau startup di Amerika Syarikat, Jack Selby (gambar, kiri) ketika menyertai Qatar Economic Forum pada minggu lalu.


"Saya berpeluang berkongsi pandangan dengan Jack Selby, veteran dalam pembangunan hub syarikat pemula. Jack Selby adalah Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit dan merupakan kakitangan terawal PayPal bersama-sama kumpulan pengasas syarikat seperti Elon Musk, Peter Thiel dan Reid Hoffman.


"Kumpulan pengasas PayPal ini menjadi tenaga utama yang menggerakkan industri digital dari Silicon Valley melalui penglibatan mereka di dalam syarikat-syarikat digital terkenal, antaranya seperti Tesla, SpaceX, Youtube, Facebook, LinkedIn dan OpenAI.


"Beliau melahirkan minat untuk membantu Malaysia merealisasikan sasaran yang telah saya gariskan untuk Kuala Lumpur sebagai hub startup dan industri digital serantau. Kepakaran Jack Selby adalah unik kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baru di luar Silicon Valley yang kini semakin berjaya menarik syarikat-syarikat pemula untuk datang ke Arizona.


"Sudah tentu, pengalaman beliau di Arizona kita boleh gunakan untuk merangka dasar dan program bagi melonjakkan status Kuala Lumpur sebagai destinasi utama digital di rantau ini," kata Rafizi lagi.


Beliau amat yakin sekiranya rakyat dan pemimpin Malaysia tidak bersikap meneruskan apa yang ada atau business as usual, terus berfikir dan melaksana, maka hasil ekonomi yang lebih baik dan bernilai tinggi akan mampu diperoleh rakyat dalam tahun tahun mendatang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page