Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membuat kejutan apabila beliau mendedahkan sepucuk surat yang menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun supaya membahaskan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam surat yang bertarikh 25 September itu, Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin enggan membahaskan usul itu sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.
Ia menyebabkan perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.
"Usul tidak percaya ini adalah amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.
"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan DYMM Yang di-Pertuan Agong.
"Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar kerajaan kepimpinan perdana menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.
"Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Anehnya, Tengku Razaleigh turut mendedahkan dalam surat tersebut bahawa beliau menolak jawatan Penasihat Petronas yang ditawarkan oleh Muhyiddin.
Beliau menganggap tawaran tersebut sebagai satu sogokan politik dan melanggar prinsip demokrasi berperlembagaan.
"Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan "Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen" sekiranya memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
"Bahagian kecil (sub-section) ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud "penyogokan politik".
"Penyogokan politik menyebabkan demokrasi berperlembagaan kita menghadapi cabaran serius. Saya bimbang dan khuatir sama ada demokrasi berperlembagaan kita mengalami penyogokan politik ini dengan cara tersembunyi.
"Sesungguhnya demokrasi berperlembagaan kita musnah dari dalam oleh musuh dalam selimut.
"Penyogokan politik ini amat susah dikesan dan tidak dapat ditakrif secara habis-habisan. Maka itu amatlah penting pemahaman terhadap penyogokan politik ini diteraskan kepada pemahaman bahawa tujuan keperlembagaan
menganggap pemegangan "jawatan berpendapatan" sebagai pembatalan keahlian adalah untuk mempertahan dan mendukung Perlembagaan serta integriti Dewan Rakyat.
"Saya menyatakan isu kepercayaan keperlembagaan dan penyogokan politik secara bertulis kerana saya risau sama ada sumpah jawatan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat itu tidak dipeduli. Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' terikat oleh sumpah jawatan dan berkewajipan mendukung Perlembagaan kita," katanya.
Tengku Razaleigh berharap Azhar dapat memberikan jawapan yang munasabah berhubung usul tidak percaya.
"Saya bercadang membuat pengumuman awam demi kepentingan mendukung Perlembagaan serta mempertahan keluhurannya sejajar dengan sumpah jawatan saya.
"Di samping itu saya akan meneliti sama ada keengganan Dato' untuk memberi keutamaan kepada perkara ini merupakan kecuaian terhadap Perkara 43 dan Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan. Saya memberi penekanan kepada “Perlembagaan Persekutuan" kerana negara tercinta ini dibina berasaskan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Speaker dalam surat balas pada 29 September menyangkal dakwaan Tengku Razaleigh terhadap Muhyiddin berhubung keengganannya membahaskan usul tidak percaya.
Beliau menjelaskan mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.
"Oleh yang demikian, kesemua urusan Rang Undang-undang dan Usul Urusan-urusan Kerajaan telah didahulukan semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 mulai 13 Julai hingga 27 Ogos 2020.
"Usul-usul Persendirian termasuk usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dari YB Langkawi dan usul percaya terhadap Perdana Menteri dari YB Pasir Puteh, YB Sabak Bernam dan YB Arau telah disenaraikan berdasarkan masa penerimaan usul-usul tersebut.
"Usul-usul Persendirian yang diterima terlebih dahulu akan disenaraikan susunan awal di kertas Aturan Urusan Mesyuarat.
"Dalam hal ini, Usul-usul Persendirian dari YB Tuaran, YB Bukit Bintang, YB Gerik dan YB Arau ketika itu telah diterima lebih awal berbanding usul YB Langkawi. Susunan Aturan Mesyuarat yang lalu sebenarnya telah dibuat oleh mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang lalu dan bukannya saya.
"Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak membenarkan usul tidak percaya adalah tidak benar kerana usul tersebut telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat," katanya.
Bagaimanapun, Azhar menyarankan kepada Tengku Razaleigh supaya berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan bagi membolehkan usul tidak percaya diutamakan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
"Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tugasan saya adalah terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sedia ada. Makanya, mana-mana Ahli Dewan Rakyat boleh memberi notis untuk membentangkan usul dan ia akan dipertimbangkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat.
"Justeru, saya tiada masalah untuk Dewan mempertimbangkan Usul-usul Persendirian jika telah selesai semua urusan kerajaan ataupun terdapat usul oleh seorang Menteri di bawah Peraturan 14(2) untuk mendahulukan Usul-usul Persendirian.
"Dalam keadaan jika masih terdapat urusan-urusan kerajaan dan ingin memberi keutamaan kepada Usul-usul Persendirian yang tertentu maka adalah disarankan berunding dengan Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) untuk berbuat demikian.
"Sepertimana dijelaskan, semua keputusan saya selaku Tuan Yang di-Pertua mengenai apa jua usul untuk diberikan keutamaan sepatutnya hendaklah dikemukakan dan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Mesyuarat," katanya.
Comments