top of page

KSM dijenama semula sebagai Kesuma mulai hari ini



Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijenamakan semula dan akan menggunakan akronim ‘Kesuma’, bagi semua urusan rasmi berkaitan kementerian itu bermula hari ini.


Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula itu.


"Dalam dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, Kesuma telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja dan meluaskan liputan skim keselamatan sosial.


"Ia termasuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran serta melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tata kelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian," menurut kenyataan itu.


Tambah kementerian, Kesuma dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Manusia (Ke.su.ma), yang merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti ‘bunga’.


"Keindahan maksud bahasa itu jelasnya bersesuaian dengan misi strategik 3K kementerian, yakni memperkasakan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page