top of page

KRPPM akan temui menteri undang undang bincang RUU Pendanaan Politik



Rang Undang Undang (RUU) Pendanaan Politik atau sumbangan dana kepada parti politik amat diperlukan di Malaysia.


Tanpa RUU berkenaan skandal besar seperti SRC International dan 1Malaysia Development Berhad boleh berlaku yang kemudiannya dikaitkan dengan sumbangan dana kepada tokoh tertentu atau parti politik.


Menurut Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik yang telah bermesyuarat semalam, satu landskap baharu mengenai pendanaan politik kepada parti parti perlu diteliti dalam merekabentuk RUU tersebut.


"Semua ahli mesyuarat mempersoalkan status RUU Pendanaan Politik yang telah dirangka dan dijadual dibentangkan pada awal tahun 2020 lalu.


"Sehingga kini, masih tiada sebarang kemas kini mengenai RUU itu manakala organisasi masyarakat sivil, Ahli-ahli Parlimen mahupun Senator juga tidak mempunyai capaian terhadap RUU Pendanaan Politik.


"Kekurangan ketelusan serta keterlibatan ini tidak menunjukkan petanda yang baik kepada kemajuan pembaharuan institusi di Malaysia," ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh KRPPM.


Menurut kenyataan itu lagi, ahli KRPPM juga bersetuju beberapa prinsip utama pendanaan politik seperti ketelusan dan kebertanggungjawaban, larangan terhadap pendanaan asing, mengehadkan jumlah sumbangan yang boleh dilakukan oleh individu dan syarikat serta melarang sumbangan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu ditegaskan dalam RUU berkenaan.


Perkara perkara penting itu, kata mereka, perlu dimasukkan dan KRPPM mahu bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam masa terdekat bagi membincangkannya.


"KRPPM berharap untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar dapat berkongsi usaha yang sedang kami lakukan mengenai perundangan pendanaan politik, dan mendapatkan sokongan membentangkan RUU Pendanaan Politik.


"KRPPM menaruh harapan untuk mendapat sokongan semua Ahli Parlimen merentasi parti supaya mengutamakan pendanaan politik yang telus sebagai suatu asas demokrasi yang sihat, matang serta bertenaga," kata mereka lagi.


Untuk rekod, KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utamanya adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.


Kumpulan ini dianggotai oleh Ahli ahli Parlimen rentas parti yang dipengerusikan oleh Ahmad Fadhli Saari (Pas - Pasir Mas) manakala Timbalan Pengerusinya Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (KEADILAN - Lembah Pantai) serta beberapa pertubuhan berpengaruh termasuh BERSIH, IDEAS, G25 Malaysia dan lain lain

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page