top of page

Krismas pemangkin semangat kerukunan, jamak budaya



Perayaan Krismas seharusnya dijadikan pemangkin meningkatkan semangat kerukunan dan jamak budaya di Malaysia.


Dalam perutusan sempena Krismas, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perlunya rakyat bersyukur hidup dalam kepelbagaian dan saling menghormati antara kaum.


"Rakan dan sahabat handai kita yang menganut Kristian menyambut perayaan Hari Krismas. Kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budaya yang pelbagai pasti merasakan kemeriahannya setiap tahun.


"Setiap perayaan-perayaan besar di negara ini wajar dijadikan pemangkin dalam meningkatkan semangat kerukunan dan jamak budaya. Aktiviti kunjung mengunjung mungkin terkesan dengan tantangan yang dibawa wabak COVID-19, namun ia tidak seharusnya menjauhkan kita dari iltizam murni ini," katanya.


Dalam perutusannya, Anwar turut memetik Bible, Psalm 106:3: "Berbahagialah segala orang yang menegakkan keadilan dan yang berbuat kebajikan pada setiap ketika".


Katanya, seruan tersebut adalah universal bagi mengangkat keadilan dan kesaksamaan di dalam masyarakat Malaysia.


"Kesaksamaan mesti diterjemahkan dalam amalan dan sikap kita, terutamanya dalam persoalan tatakelola dan pentadbiran agar ia tidak sekadar retorik yang sering kita ulang tanpa komitmen jelas kepadanya.


"Tahun 2021 juga akan mempersiapkan kita dengan prospek ekonomi pasca Covid-19 yang menunjukkan demokrasi-demokrasi besar di dunia masih merangkak dalam mencapai pertumbuhan.


"Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2021 kepada semua rakyat Malaysia," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page