top of page

Krisis politik PN tenat, menuju 'bercerai berai'?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Kemelut yang sedang melanda Pas dan Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) ketika ini diibaratkan sedang 'retak menanti belah'.


Demikian pandangan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) ketika ditanya mengenai krisis yang membadai gabungan pembangkang itu.


Dalam erti kata lain ujarnya, gabungan itu juga kini diumpamakan seperti menunggu 'kehancuran' kerana perilaku dan salah sendiri termasuk ketidakjujuran, tidak setia antara kawan dan apabila kuasa melebihi kepentingan rakyat.


"Sekarang ini PN tengah musim peletakan jawatan. Saya tak tahu siapa pula yang akan letak jawatan lagi hari ini.


"Buat masa sekarang, kita tengok Pas dengan Bersatu ini boleh dianggap macam suami isteri tengah bergaduh yang 'on the way' nak cerai talak tiga," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Ditanya mengenai pengunduran Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, Iman Haziq menyifatkan pengaruh atau 'cengkaman' Azmin di Selangor semakin melemah sejak kebelakangan ini.


Apatah lagi, katanya, selepas krisis kepimpinan di Perlis yang menyaksikan pemimpin Pas peringkat nasional tidak berpuas hati dan menekan sekutu mereka Bersatu dari pelbagai penjuru.


"Kita tengok Azmin punya cengkaman di Selangor ini memang dah tak kuat. Khabar angin tentang peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor pun sudah 'bergerak' sejak beberapa bulan yang lalu.


"Jadi mungkin isu (kemelut dalam PN) menjadi asbab untuk dia letak jawatan secara rasmi. Kita juga tahu Bersatu dengan Pas ini tak bersama," katanya yang juga Ketua AMK Ampang.


Semalam Azmin mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor yang menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan politik pemimpin Bersatu itu, yang merupakan arkitek Kerajaan PN 'tebuk atap' pada 2020 apabila beliau bersama 10 Ahli Parlimen lain meninggalkan KEADILAN-Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page